fbpx

Tindakan tatatertib penjawat awam enggan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin dan Siti Mariah ketika sidang akhbar hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan mengambil tindakan tatatertib ke atas penjawat awam yang enggan menerima suntikan dos vaksin Covid-19 di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima nasihat dan taklimat oleh Penasihat Undang-Undang negeri semalam.

“Kita akan melaksanakan tindakan tatatertib kepada mana-mana penjawat awam yang secara sengaja atau tidak mahu menerima suntikan vaksin.

“Bentuk tindakan itu bagaimanapun akan ditentukan pihak jawatankuasa terlibat kelak mengikut klausa biasa yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Jelas Amirudin, bentuk tindakan itu termasuk bermula daripada amaran, pemotongan (gaji) sehingga tindakan pemberhentian.

“Bagaimanapun, mereka yang mempunyai alasan klinikal atau kesihatan oleh pakar berkaitan dikecualikan tindakan,” ujarnya.  -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI