fbpx

4 lelaki Vietnam menyamar nelayan tempatan kempunan tangkap ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOT yang dinaiki empat warga Vietnam yang diubahsuai seperti bot nelayan tempatan yang ditahan APMM Kelantan di lokasi 129 kilometer dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Isnin lalu.

PASIR PUTEH – Tindakan warga Vietnam mengubah suai bot mereka seperti bot nelayan tempatan untuk menangkap ikan di perairan negara gagal selepas dikesan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan di Kuala Tok Bali di sini pada Isnin lalu.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, seorang tekong dan tiga awak-awak berusia 28 hingga 52 tahun itu ditahan pada pukul 10.13 pagi selepas APMM melihat perbezaan ketara spesifikasi pada bot yang dinaiki.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, tiada plat logam dipamerkan pada bahagian hadapan bot dan nombor patil yang digunakan juga tiada kesan pahat yang merupakan syarat utama pelesenan sesebuah bot tempatan.

“Sebaliknya, bot berkenaan hanya menggunakan nombor pendaftaran tempatan palsu yang dicat malah pemeriksaan turut mendapati ia tidak wujud dalam pengkalan data Jabatan Perikanan Malaysia.

“Selain itu, empat nelayan terbabit juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat APMM Kelantan, Tok Bali di sini hari ini.

Menurut Syed Nor Adli, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot, peralatan menangkap ikan dan 1,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM1 juta.

“Berdasarkan sistem pergerakan global (GPS), pergerakan bot mereka bermula dari Vietnam menuju ke perairan Kelantan dan mungkin keempat-empat nelayan itu tidak sempat menangkap ikan di sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI