fbpx

Dua sahabat berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi: MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

SUNGAI PETANI – Dua sahabat berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 54.7 kilogram (kg) pada bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu Amiruddin Yaakub, 31, dan Nurzaihan Ismail, 41, sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Masjistret, Nurul Ainna Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar methamphetamine seberat 5,4720.5 gram di hadapan sebuah rumah di Persiaran Amanjaya, Bandar Amanjaya di sini kira-kira pukul 8.10 pagi, 27 September lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Superintendan Mohd. Fakhruzi Ismail.

Amiruddin yang berniaga ayam gunting tidak diwakili peguam manakala Nurzaihan yang tidak bekerja diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI