fbpx

Mayat nelayan lemas di Kuala Sepetang ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat nelayan yang ditemui lemas setelah terjatuh di Sungai Deraka dekat Kuala Sepetang hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

TAIPING – Operasi mencari seorang nelayan yang lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Deraka di Kampung Dew kampidekat Kuala Sepetang di sini ketika mengangkat bubu bersama seorang rakan berakhir apabila mayatnya ditemui hari ini.

Mayat ditemui pada pukul 8 pagi oleh sekumpulan nelayan kira-kira 11 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, penemuan kemudian dimaklumkan kepada pasukan penyelamat yang sedang melakukan pencarian.

Menurut beliau, sepasukan anggota bomba yang menaiki sebuah bot kemudian dihantar ke lokasi berkenaan untuk membawa mayat naik ke tebing.

“Identiti mangsa disahkan sebagai Mohamad Sofian Zainudin berusia 38 tahun dan beralamat di Kampung Setia Jaya, Kamunting.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan mangsa disahkan meninggal dunia kerana lemas,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi semalam, mangsa bersama seorang rakan terjatuh ke dalam sungai tersebut setelah bot yang mereka naiki terlanggar sebatang kayu.

Bagaimanpun, rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Susulan itu, satu gerakan mencari telah dilancarkan oleh pasukan penyelamat melibatkan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Angkatan Pertahanan Awam, polis dan nelayan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI