fbpx

Permohonan pasport Ahmad Zahid diketahui Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (empat dari kiri) ketika tiba di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Permohonan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pasport daripada mahkamah akan diketahui 11 Oktober ini.

Permohonan pasport itu adalah untuk Ahmad Zahid mendapatkan rawatan sakit tulang belakang yang dialami di Munich, Jerman.

Semasa prosiding, peguam Hamidi Mohd. Noh memaklumkan kepada mahkamah rawatan yang dijalani sekarang tidak cukup untuk mengurangkan kesakitan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun tidak membantah dengan permohonan tersebut.

Justeru Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan Isnin ini bagi membuat keputusan permohonan itu.

Sementara itu, Hamidi ketika ditemui selepas prosiding berkata anak guamnya perlu ke Jerman untuk mendapatkan rawatan perubatan pada kecederaan tulang belakang yang dialami akibat terjatuh di rumahnya.

“Kita perlu mendapatkan pasport dari 26 Oktober dan akan mengembalikannya ke mahkamah pada 21 November,” katanya yang telah memfailkan permohonan mendapatkan pasport itu pada 4 Oktober lalu.

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah dimasukkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada 22 Ogos lalu kerana kecederaan bahagian tulang belakang yang dialami selepas terjatuh.

Mahkamah pada masa sama kemudian telah memanggil doktor yang merawat Ahmad Zahid untuk hadir di mahkamah untuk menjelaskan keadaan perubatan presiden Umno itu.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid, 69, didakwa 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu.

Sebelum ini, pada Mei 2019 lalu, Ahmad Zahid pernah gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan pasport di Mahkamah Persekutuan untuk mengerjakan umrah di Makkah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI