KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bersetuju untuk memansuhkan kesalahan jenayah bunuh diri di bawah Akta 309 Kanun Keseksaan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, akta itu akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk dibuat pindaan supaya bunuh diri tidak akan disabit kesalahan jenayah selepas ini.
“Bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah sudah lama dibincangkan dan saya difahamkan setakat ini KDN dan AGC sudah setuju untuk memansuhkan Seksyen 309 berkait bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah.
“Peringkat sekarang ia akan dibawa ke Jemaah Menteri dan seterusnya untuk membuat pindaan supaya kesalahan bunuh diri tidak akan disabit kesalahan jenayah lagi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid mengenai perkembangan terkini mengenai kesalahan bunuh diri.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929