fbpx

Penagih dadah tidak sempat cabut lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DADAH jenis pil kuda dan heroin yang dirampas selepas menahan seorang lelaki di Kampung Aur Cina, Pasir Mas kelmarin. - Foto IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memiliki lima biji pil kuda dan heroin seberat 8.22 gram semasa sedang berjalan kaki di Kampung Aur Cina di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan pada pukul 10 pagi apabila dia didapati berjalan kaki seorang diri dalam keadaan mencurigakan di sebuah lorong bersebelahan sebuah rumah di kampung berkenaan.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota polis, suspek cuba melarikan diri, namun gagal berbuat demikian.

“Pemeriksaan terhadap tubuh badan suspek telah menjumpai beg kain berzip warna kelabu yang berada dalam genggaman tangan kirinya mengandungi kesemua dadah bernilai RM3,703 itu.

“Siasatan mendapati, suspek mengaku dadah yang dijumpai itu adalah miliknya dan memperoleh bekalan bahan terlarang itu daripada seorang lelaki dikenali dengan panggilan Puwe,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Mop selain mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI