fbpx

Jordan ‘ajar’ Harimau Malaya di Amman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Harimau Malaya gagal memberi saingan yang diharapkan selepas tewas 0-4 kepada Jordan di Stadium King Abdullah II, Amman. - FOTO: GRAFIK IHSAN FAM

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya terpaksa akur selepas berbeza ‘kelas’ apabila mengalami kekalahan 0-4 kepada pasukan Jordan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium King Abdullah II, Amman, sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad negara yang dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe membariskan kesebelasan terbaik termasuk jentera serangan yang diketuai oleh pemain naturalisasi, Guilherme de Paula.

Namun, jentera serangan skuad kebangsaan bagaikan tiada fungsi apabila pasukan tuan rumah mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan memberi kesukaran buat benteng negara.

Gol yang dinantikan oleh Jordan akhirnya tiba selepas memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh tonggak pertahanan, Ariff Farhan Md. Isa untuk meledak gol pembukaan hasil jaringan Ali Olwan pada minit ke-34.

Pasukan yang menduduki ranking ke-93 dunia itu tidak menunggu lama untuk menambah gol kedua hasil ledakan kapten, Odai Al-Saify pada minit ke-42 selepas keadaan kucar-kacir yang berlaku di benteng negara.

Bersambung pada babak kedua, Olwan terus menjadi duri dalam daging skuad negara selepas meletakkan kedudukan 3-0 apabila sekali lagi memanfaatkan kesilapan pertahanan tengah, Irfan Zakaria pada minit ke-47.

Penjaga gol negara daripada kelab Selangor FC, Khairulazhan Azhan tewas buat kali keempat berselang dua minit kemudian apabila gagal menepis rembatan Olwan untuk meledak jaringan hatrik peribadi buatnya.

Cheng Hoe membuat rombakan dengan memasukkan pemain-pemain muda seperti Hakimi Abdullah, Arif Fadzilah Abu Bakar, Mukhairi Ajmal, Quentin Cheng dan Luqman Hakim Shamsudin tetapi gagal membuat sebarang percubaan bahaya ke kubu lawan.

Jordan turut memiliki peluang untuk menambah jaringan tetapi keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Skuad negara akan mengharungi aksi persahabatan kedua di Amman apabila dijadualkan bertemu dengan Uzbekistan, Sabtu ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI