fbpx

Bayi lelaki ditemui dalam tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi lelaki masih bernyawa ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal sebentar tadi. -FOTO: IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Seorang bayi lelaki masih bernyawa ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal sekitar pukul 7 malam tadi.

Bagaimanapun, bayi cukup sifat berkenaan dipercayai baru sahaja dilahirkan sebelum dibuang di lokasi terbabit, ditemui seorang lelaki yang secara kebetulan melalui kawasan pembuangan sampah berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki yang enggan dikenali mendakwa pada mulanya terdengar bunyi rengekan yang disangka kucing namun apabila semakin menghampiri kawasan pembuangan sampah terbabit, bunyi berkenaan semakin kuat sehingga membuatkannya mencari punca bunyi yang didengarnya.

“Lelaki berkenaan terkejut apabila bunyi yang didengarnya adalah dari seorang bayi dan terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk memaklumkan kejadian.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada pasukan ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, George menyatakan bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.  – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI