fbpx

Mayat warga emas ditemukan terapung di kolam ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa diangkat anggota bomba lengkap berpakaian PPE selepas ditemui terapung di sebuah kolam ikan di Kampung Sungai Buloh, Jelebu malam tadi.-FOTO: IHSAN BOMBA

JELEBU – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan terapung di sebuah kolam ikan di Kampung Sungai Buloh dekat sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Simpang Pertang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairul Izzuan Othman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.55 malam tadi dan tiba dilokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Kami mendapat panggilan daripada pihak polis untuk mengangkat mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 71 tahun telah meninggal dunia di dalam kolam ikan berkenaan.

“Mayat Muhamad Asul Ahmad, 71, dari Kampung Sungai Buloh, Durian Tipus, Jelebu itu ditemukan dalam keadaan terapung di tebing kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, anggota bomba yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) telah mengangkat mayat mangsa yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI