SHAH ALAM – Sebanyak 21 kawasan Hutan Taman Negeri (HTN) dibenarkan untuk aktiviti pendakian bagi tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dalam kenyataannya ini meliputi sembilan HTN di daerah Selangor tengah meliputi Gunung Nuang, Gunung Hitam, Bukit Cenuang, Air Terjun Sungai Lepoh, Bukit Saga, Bukit Apek, Bukit Broga, Air Terjun Sofea Jane dan Bukit Kembara.
Katanya, selebih 12 HTN adalah daerah Hulu Selangor iaitu Gunung Ulu Semangko, Bukit Choroko, Bukit Kutu, Air Terjun Lata Medang, Air Terjun Lata Macau, Air Terjun Setinggi dan Air Terjun Lubuk Kawah.
Selain itu, Air Terjun Lubuk Tedung, Bukit Repin, Air Terjun Ulu Perdik, Air Terjung Sungai Pisang dan Air Terjun Sofea Jane.
“Hanya tujuh orang pendaki dibenarkan dalam satu kumpulan dengan sebarang pertanyaan dan borang permit boleh dimuat turun menerusi laman rasmi sesawang JPNS,” katanya hari ini.
Sebelum ini, JPNS memaklumkan bahawa kawasan Taman Eko Rimba Negeri Selangor mula dibuka kepada pengunjung pada 2 Oktober.
Manakala laluan pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor akan dibuka kepada pengunjung mulai 9 Oktober ini.
“Semua pengunjung dimohon untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara PPN Fasa 3, SOP Sektor Ekopelancongan Sumber Asli (Taman Eko Rimba & Hutan Taman Negeri) bertarikh 17 September 2021,” jelasnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929