fbpx

Mayat wanita separuh bogel dijumpai dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita warga Thailand ditemui di dalam longkang berhampiran ladang sawit Jalan Kuala Berang, Gua Musang petang kelmarin.

GUA MUSANG – Mayat seorang wanita dipercayai warga Thailand ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam longkang berhampiran ladang sawit Jalan Kuala Berang di sini semalam.

Mangsa yang berusia 44 tahun dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, badan mangsa berada di dalam longkang dengan hanya memakai seluar dalam dan sehelai kain batik menutupi mukanya.

Katanya, selain itu, polis turut menemui gigi palsu mangsa yang sudah tercabut daripada mulutnya berhampiran mayat wanita berkenaan.

“Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati, ada kesan seperti diseret pada bahagian buku lali kaki kiri dan lebam di belakang tubuhnya.

“Setakat ini, polis belum menemui sebarang kecederaan serius yang boleh menjadi punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat wanita itu sama ia mati dibunuh atau sebaliknya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mencari punca kematian kerana lokasi mayat itu ditemui jauh dari kawasan perkampungan.

“Polis juga berharap saksi yang melihat kejadian itu agar segera tampil membantu siasatan dengan hadir ke balai polis terdekat,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI