fbpx

Pastikan virus Covid-19 tak ikut balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – “Jalani ujian air liur, pastikan kita tidak bawa jangkitan kepada mereka di kampung”.
Itu antara peringatan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kepada rakyat Malaysia yang sudah tidak ‘sabar-sabar’ untuk merentas negeri sebaik sahaja kerajaan membenarkannya tidak lama lagi.

Pesanan itu dimuat naik menerusi ciapan Twitter beliau supaya rakyat Malaysia mengambil tindakan proaktif memastikan tidak membawa jangkitan Covid-19 kepada orang tersayang di kampung.

“Sedikit masa lagi rakyat Malaysia akan dibenarkan merentas negeri untuk balik kampung dan melancong.

“Tetapi ingin diperingatkan agar kita ambil tindakan proaktif untuk jalani ujian air liur RTK Ag kendiri supaya kita dapat pastikan kita tidak bawa jangkitan kepada mereka di kampung,” menurut ciapan beliau di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut membalas pertanyaan seorang individu yang menaip, “Asyik sikit masa lagi je. Berapa sikit lagi ni? Saya dah packing baju”.

Dr. Noor Hisyam berkata, rentas negeri akan dibenarkan apabila negara sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa divaksinasi.

“Kita bergantung kepada maklumat data bukan tarikh. Terkini 88.4 peratus rakyat dewasa telah pun lengkap divaksinkan. Apabila kita mencapai 90 peratus rakyat dewasa lengkap divaksinkan maka merentas negeri akan dibenarkan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan, individu yang berada di kawasan berisiko tinggi terdedah jangkitan Covid-19 dinasihati menjalani ujian kendiri secara berkala sebelum bersedia balik kampung.

Ingatan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu lebih-lebih lagi apabila pergerakan rentas negeri sudah hampir dibenarkan dengan 1.6 peratus sahaja diperlukan bagi kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI