fbpx

AmBank, YRZSNJ bantu pelajar sekolah rendah di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan AmBank telah menyumbang RM50,000 kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) bagi pembelian 55 tablet termasuk langganan data internet selama setahun untuk murid kurang berkemampuan dari 12 sekolah rendah di Johor.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, pihaknya berusaha menyediakan bantuan kewangan dan penja­gaan kesihatan untuk hospital serta komuniti yang terjejas kerana kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan bulanan disebabkan pandemik.

“Penutupan sekolah menimbulkan cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini terhadap guru, pelajar dan juga ibu bapa apabila pengajian di bilik darjah perlu dilakukan secara maya di rumah.

“Kami berharap sumba­ngan AmBank dengan kerjasama YRZSNJ dapat memberi akses digital yang sangat diperlukan serta membantu mengurangkan gangguan perjalanan pendidikan murid-murid.

“Dalam hal ini, saya ingin memuji usaha Baginda Permaisuri dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan, sekaligus merapatkan jurang kekurangan yang disebabkan oleh pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim berkata, sebagai Yayasan Diraja Johor yang dipengerusikan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, pihaknya komited untuk terus membantu pelajar kurang berkemampuan dan ke­luarga mereka.

“Kami percaya pada masa yang mencabar ini setiap anak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan dan akses kepada alat serta teknologi sangat penting.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan AmBank melalui Yayasannya yang bermurah hati membantu kami mencapai matlamat ini dalam jangka masa yang cepat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI