fbpx

70 juta pengguna baharu ‘berhijrah’ ke telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Aplikasi permesejan Telegram menerima 70 juta pengguna baharu kelmarin, dipercayai akibat masalah gangguan global pada platform laman sosial Facebook termasuk Whatsapp, Messenger dan Ins­tagram.

Lonjakan pengguna baharu itu didedahkan oleh pengasas Telegram sendiri, Pavel Durov menerusi saluran Telegramnya semalam.

“Telegram telah mencipta rekod peningkatan dalam pendaf­taran dan aktiviti pengguna, kami menyambut lebih 70 juta ‘pelarian’ daripada platform lain dalam sehari.

“Saya bangga dengan cara pa­sukan kami menangani pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan Telegram terus berfungsi dengan sempurna untuk majoriti besar pengguna kami.

“Pun begitu, sebilangan pengguna di Amerika mungkin mengalami sedikit kelembapan berbanding biasa kerana berjuta-juta pengguna dari benua ini bergegas untuk mendaftar ke Telegram pada masa yang sama,” katanya.

Gangguan global bagi perkhidmatan Facebook, Instagram dan Whatsapp pada Isnin memberi kesan kepada jutaan pengguna dan dikatakan berpunca daripada masalah pada pelayan.

Sementara itu, Durov me­minta pengguna Telegram sedia ada meraikan kehadiran pengguna baharu.

“Pastikan mereka kekal di sini dan dapat melihat sendiri keunikan Telegram yang kini jauh di hadapan pesaing lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI