fbpx

Depay tidak kesal pilih sertai Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY (kanan) tidak mampu untuk membuktikan keupayaan sebenarnya apabila Barcelona berdepan krisis prestasi ketika ini. – AFP

BARCELONA – Penyerang Barcelona, Memphis Depay mengakui tidak kesal dengan keputusannya menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan musim panas lalu berdasarkan situasi semasa yang dialami ketika ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu tidak berkesempatan untuk bergandingan dengan Lionel Messi selepas The Catalans terpaksa melepaskan pemain tersebut bagi menyelamatkan pasukan yang dibebani masalah hutang.

Selepas ketiadaan Messi, pasukan itu menempuh situa­si sangat sukar apabila tewas dalam kedua-dua aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selain hanya menang tiga daripada tujuh perlawanan La Liga.

“Bagaimana anda boleh tanya saya sama ada menyesal atau tidak selepas menyertai Barcelona? Ini adalah Barcelona, sebuah pasukan yang tidak ada pemain akan menolak sekiranya menerima tawaran.

“Saya tidak kesal dengan keputusan datang ke sini. Walaupun kami tidak catat keputusan seperti diharapkan, namun saya gembira menyarung jersi pasukan ini. Musim belum berakhir, jadi masih ada masa untuk kami bangkit,” kata Depay.

Bekas pemain Manchester United itu juga percaya rakan sepasukan masih memiliki keyakinan untuk kembali ke pres­tasi sebenar memandangkan ketika ini mereka turut dibelenggu kecederaan beberapa pemain utama.

“Masih ada banyak perlawanan yang perlu diharungi, jadi saingan masih terbuka. Mungkin situasi ini masih baharu untuk Barcelona tetapi saya yakin kami boleh ubah keadaan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI