fbpx

India balas dendam boikot aksi Komanwel 2022 Birmingham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki India memutuskan untuk tidak menyertai Sukan Komanwel sebagai tindak balas ekoran England menarik diri pada saingan Piala Dunia Remaja bulan depan. – AFP

NEW DELHI – Skuad hoki kebangsaan India mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham ekoran hubungan diplomatik kedua-dua kerajaan yang sema­kin meruncing ketika ini.

Sebagai rekod, skuad hoki England terlebih dahulu mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Piala Dunia Remaja yang akan berlangsung di Bhubaneswar bulan depan selepas tidak bersetuju dengan arahan kuarantin wajib yang diletakkan oleh kerajaan India.

Difahamkan, India meletakkan garis panduan Covid-19 yang menyatakan setiap individu yang tiba dari negara England perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari tidak kira status sudah lengkap dua dos vaksinasi atau sebaliknya.

Situa­si ini ber­laku susulan kerajaan England terlebih dahulu mengeluarkan arahan yang sama buat mana-mana individu yang tiba dari India untuk menjalani kuarantin wajib yang dianggap sebagai satu diskriminasi oleh negara yang memiliki 1.34 bilion penduduk itu.

Persatuan Hoki India dalam satu kenyataan berkata, disebabkan England mengekalkan arahan tersebut, pihaknya terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai temasya Sukan Komanwel 2022 yang dijangka berlangsung pada Julai tahun depan.

“Kerajaan England telah mengeluarkan garis panduan baharu yang memerlukan setiap individu hadir ke India untuk menjalani kuarantin wajib selama 10 hari tidak kira anda sudah lengkap vaksinasi atau tidak.

“Kami berpendapat tindakan tersebut sebagai unsur ­diskriminasi terhadap rakyat India dan disebabkan itu kami tidak akan menghantar skuad hoki kebangsaan untuk bersaing pada temasya Sukan Komanwel di Birmingham tahun depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI