PETALING JAYA – Kebiasaannya kita sering melihat pasangan kekasih atau suami isteri memujuk pasangan masing-masing setelah merajuk atas sesuatu perkara.
Namun, kali ini lain pula jadinya apabila seekor beruk peliharaan bernama Mek Na yang dilihat merajuk dengan tuannya.
Satu klip video tular di media sosial TikTok memaparkan seekor beruk betina dikatakan merajuk dengan tuannya kerana meninggalkan haiwan itu selama beberapa hari.
Kelihatan Mek Na tidak mahu makan pisang yang telah dikupas oleh tuannya dan membuat reaksi merajuk ibarat seorang manusia.
“Nah pisang ni, amboi orang dah kupas pun tak nak. Dah-dah la merajuk tu,” jelas pemilik klip video tersebut.
Klip video tersebut bagaimanapun mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai dan menyifatkan tindakan binatang tersebut begitu bijak.
“Tak sangka beruk pun ada perasaan macam ni, jenuh nak memujuk kalau tinggal lama-lama binatang peliharan seperti ini,”jelas Issey Pomen.
“Memang betul, beruk ni ada perasaan macam ni. Ingat arwah atuk dulu dekat Bachok, beruk dia tak nak makan, minum sebab atuk bela beruk lain selain dia,” kata Epul Rani. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929