fbpx

7 ahli sindiket love scam masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Polis Hong Kong menahan tujuh individu dipercayai terlibat dalam sindiket love scam di tiga buah premis sekitar Puchong di sini semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, lima lelaki dan dua wanita warga asing itu berusia 25 hingga 40 tahun.

“Sindiket ini menyasarkan mangsa dalam kalangan rakyat tempatan dan Hong Kong.

“Siasatan mendapati, ahli sindiket memasuki negara ini tiga tahun lalu dengan menggunakan pas pelajar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Kamarudin memberitahu, sindiket itu menggunakan nama samaran dan akaun palsu di media sosial sebelum menghantar permohonan untuk menjadi rakan.

“Mangsa yang terpedaya dengan kata-kata manis dan janji palsu kemudian diminta memindahkan wang ke dalam akuan bank yang diberikan oleh suspek.

“Menerusi operasi Ops Tiong itu, polis merampas komputer riba, telefon bimbit, pasport dan sejumlah kad ATM,” jelasnya. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI