fbpx

Netizen terhibur lihat aksi pengantin di atas pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin tersebut menjadi sensasi internet kerana aksi bersahaja pengantin lelaki di atas pelamin. - Instagram @bucinstory.wa

JAKARTA – Seorang pengantin lelaki di Indonesia menjadi mangsa usikan netizen kerana mengucup pipi isterinya secara kerap ketika bergambar di atas pelamin, lapor laman berita Merdeka hari ini.

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik pengantin perempuan berkenaan di TikTok, dia menyifatkan suaminya sebagai ‘aktif’ kerana sering mengucup pipinya sambil wanita itu menahan perasaan malu.

Menurut pengantin perempuan tersebut yang dikenali sebagai Yuli, sehari selepas mereka bernikah pada 29 September lepas, suaminya perlu kembali bekerja di bandar.

Ia menyebabkan mereka perlu menjalani perkahwinan jarak jauh.

“Tidak semanis yang anda sangkakan,” katanya pada keterangan sebuah video lain.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa lucu melihatkan aksi pasangan pengantin baharu itu.

“Tidak mengapa kerana sudah halal,” kata seorang netizen.

“Yang masih bujang makan hati tengok aksi ini,” komen seorang lagi. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI