fbpx

100 kilogram seekar, pesawah terbeban mulakan penanaman baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan padi yang musnah akibat serangan bena perang di satu lot sawah jelapang padi Paya Sepayang di Rompin baru-baru ini.

ROMPIN – Hanya 100 kilogram hasil padi dalam kawasan tanah seluas satu ekar atau 0.4 hektar.

Itulah antara bebanan yang dihadapi pesawah di jelapang padi Pahang Paya Sepayang pada musim menuai kali ini yang menyaksikan hasil padi jatuh merudum.

Masalah utama yang dihadapi pesawah di kawasan berkenaan adalah padi yang tidak banyak tumbuh, padi angin dan juga penyakit seperti serangan bena perang atau dikenali sebagai ‘bom’.

Keadaan itu menyebabkan lebih 100 pesawah di kawasan tanah seluas 280 hektar itu kini berhadapan kerugian dan terbeban dalam mencari modal memulakan musim baharu penananam padi.

Seorang pesawah Husin Deraman,54, berkata, masalah padi yang tidak tumbuh menyebabkan hasil padi di tanah seluas dua ekar diusahakan jatuh mendadak kepada hanya 800 kilogram pada kali ini berbanding lebih empat tan pada musim lalu.

“Padi memang banyak yang tidak tumbuh selepas ditabur menyebabkan saya mengalami kerugian, hendak mendapat modal balik pun susah.

“Banyak lagi masalah yang berlaku termasuklah masalah penyakit padi pada kali ini yang turut menjejaskan hasil,”katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Husin, masalah kejatuhan hasil padi kali ini melibatkan hampir kesemua pesawah yang mana kebanyakannya menyaksikan penurunan hasil padi yang begitu ketara berbanding sebelum ini.

Dalam pada itu seorang petani, Azrul Rizuan Rahman,36, berkata, masalah padi angin masih terus membelenggu petani di kawasan itu sehingga menjejaskan hasil padi.

Dia memberitahu, akibat padi angin menyebabkan ada kawasan penananam padi miliknya seluas satu ekar mendapat hasil tidak sampai satu tan.

“Masalah ini telah lama berlarutan dan ditambah pelbagai penyakit yang menyebabkan buah padi menjadi hampa menyebabkan petani terbeban apatah lagi untuk mencari modal memulakan musim baharu.

“Dengan racun yang mahal dan pelbagai jenis yang diperlukan sememangnya pesawah sentiasa terbeban untuk meneruskan penanaman padi,”katanya.

Sementara itu, seorang pesawah yang dikenali sebagai Mohd. berkata, dia reda walaupun terdapat lot sawahnya hanya mendapat hasil 100 kilogram bagi 0.4 hektar.

Ujarnya, masalah padi angin dan juga penyakit seperti bena perang pada kali ini menyebabkan hasil padinya jatuh teruk.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI