fbpx

Ajal pesara selepas mandi laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PORT DICKSON – Mayat seorang pesara ditemui terdampar di tepi pantai Batu 4 1/2 di sini petang semalam selepas dipercayai lemas akibat mandi laut.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, seorang lelaki yang menginap di resort berdekatan telah menjumpai satu mayat terdampar di tepi pantai dan memaklumlan kepada pihak polis.

“Sepasukan polis dari Balai Port Dickson, Bahagian Siasatan Jenayah Port Dickson dan unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dipercayai telah lemas seorang diri setelah mandi di pantai tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, berdasarkan keterangan keluarga, sebelum kejadian mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohd. Redzuan Goonasagaran Abdullah, 59, telah keluar dari rumah dengan menunggang motosikal seorang diri untuk mandi di laut kerana badannya berasa gatal.

“Laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Port Dickson mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan ‘Fatal Drowning’,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI