fbpx

PH Melaka rujuk mahkamah kerajaan caretaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mempersoalkan kewajaran pelantikan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai caretaker Ketua Menteri dan akan merujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan pengumuman keputusan itu.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, tugas pentadbiran kerajaan negeri itu sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga Ketua Menteri baharu dilantik.

“Perkara itu juga selari dengan apa yang berlaku pada 2 Mac 2020.

“PH Melaka akan merujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan “caretaker government” sepertimana yang diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkannya hari ini.

Semalam empat ADUN iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Ab. Rauf pada petang tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, di Seri Negeri selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa diurus oleh kerajaan caretaker pimpinan Sulaiman sehingga pilihan raya diadakan kelak.

Dalam pada itu, Adly turut menyifatkan permohonan Sulaiman kepada Mohd. Ali untuk membubarkan DUN Melaka adalah langkah tidak bertanggungjawab.

“PH berpandangan bahawa permohonan Sulaiman itu mempamerkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab kerana rakyat masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19, malah pilihan raya negeri (PRN) Sarawak telah ditangguhkan atas alasan yang sama,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI