fbpx

CORE Residence dapat sambutan daripada pelabur asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Projek pembangunan hartanah mewah milik CORE Precious Development Sdn. Bhd. (CORE Precious) iaitu, CORE Residence @ TRX telah mencapai kadar langganan 70 peratus untuk Tower 1 dan 2.
CORE Precious adalah syarikat usaha sama antara China Communications Construction Group (CCCG) dengan WCT Hol­dings Berhad.

Pengarah CCCG Overseas Real Estate Pte Ltd., Zhang Bao ber­kata, sambutan baik daripada pembeli hartanah adalah baik meskipun negara berdepan dengan beberapa kekangan dan sekatan ekonomi ekoran kesan pandemik yang berlanjutan.

“Sejumlah besar jualan telah dicatat dalam tempoh bebe­rapa bulan terakhir berkat usaha pemasaran digital yang agresif seperti ejen penstriman secara langsung, lawatan rumah secara maya serta kempen media sosial yang kreatif.

“Unit kediaman di CORE Residence @ TRX telah dilanggan terutamanya oleh pelanggan dari 20 lebih negara dan wilayah Asia,” katanya dalam satu kenyataan.

Bersandarkan kepada sambutan baik itu, syarikat bercadang untuk melancarkan Tower 3 dengan rakan pengurusan hotel antarabangsa tidak lama lagi.

Tambah Bao, faktor lokasinya yang berpusat, harga yang berpatutan berbanding negara lain dan jaminan peningkatan harga pada masa hadapan adalah beberapa sebab mengapa ia menjadi pilihan dalam kalangan ekspatriat.

“Masih ada permintaan yang tinggi untuk hartanah kediaman mewah di Kuala Lumpur, kerana harga se kaki persegi yang sangat berpatutan, aksesibili mantap dengan perkhidmatan pengangkutan bersepadu dan kualiti hidup yang tinggi, menjadikannya destinasi ekspatriat atau persaraan bagi pembeli Asia di luar negara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI