fbpx

40 jam padam kebakaran kilang ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba mengambil masa hampir 40 jam menjalankan operasi pemadaman sebuah kilang ayam yang terbakar di Serkam, Melaka sejak awal pagi kelmarin.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Pasukan bomba di negeri ini bertungkus-lumus kira-kira 40 jam menjalankan operasi pemadaman sebuah kilang ayam yang terbakar di Serkam di sini sejak awal pagi kelmarin.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.32 pagi kelmarin dan operasi pemadaman tamat pada pukul 9.36 malam tadi.

Katanya, seramai 20 anggota serta pegawai dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu BBP Merlimau, BBP Padang Temu dan BBP Jasin dikejarkan ke lokasi bersama-sama buah tiga jentera.

“Pasukan BBP Merlimau diketuai Komender Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Norazlan Abu Bakar tiba di lokasi pada pukul 4.42 pagi dan penilaian menyeluruh dilakukan.

“Komander kemudian meminta pasukan bantuan dari BBP Padang Temu dan Jasin untuk mengawal kebakaran kira-kira 30 peratus dari luas kilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari.

Katanya, bagaimanapun pada pukul 7.39 pagi kelmarin, anggaran keluasan kebakaran merebak kepada 40 peratus dan kerja-kerja pemadaman terus dilakukan di kawasan penyimpanan sejuk beku kilang berkenaan.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 10 minit kemudian dan pada pukul 1.44 petang semalam pasukan meneruskan pemadaman di bahagian atas bangunan.

“Pada pukul 3 komander melaporkan pemadaman secara terus dilaksanakan di dalam bangunan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.36 malam tadi,” katanya.

Jelasnya, tiga anggota turut melakukan kerja-kerja pemindahan gas amonia di dalam paip.

Katanya, punca sebenar dan nilai kerugian kebakaran di kilang ayam itu masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI