fbpx

Kesedaran masyarakat mengenai sistem amaran awam masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHAFIFI ISMAIL (tengah) dan Pengarah APM Negeri Sembilan, Mohd. Syukri Madnor (kanan) melihat sistem amaran awam semasa ujian siren di Pejabat APM Negeri Sembilan di Seremban hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Tahap kesedaran masyarakat di negara ini mengenai sistem amaran awam masih rendah termasuk keperluan untuk mereka mengambil tindakan sewajarnya ketika menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dr. Norhafifi Ismail berkata, keadaan tersebut antara lain disebabkan oleh kebanyakan lokasi di negara ini masih belum dilengkapi sistem amaran awam dan hanya separuh sahaja rakyat yang menyedari tentang sistem berkenaan.

“Rata-rata rakyat di negara ini masih belum mengetahui dan terdapat lokasi yang belum lagi dilengkapi dengan sistem amaran awam.

“Bermula tahun ini, kami mahu menggalakkan orang awam dan melatih mereka untuk bertindak bagi menyelamatkan diri dan pelbagai latihan pertolongan cemas. APM juga akan mendedahkan kepada bunyi dan siren amaran kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjalankan ujian siren bagi zon selatan di Pejabat APM Negeri Sembilan di sini hari ini.

Norhafifi dalam pada itu menjelaskan pemasangan sistem amaran awam di seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM540 juta yang dijalankan secara berperingkat bagi tempoh tiga tahun. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI