PENYANYI juga pelakon Indonesia, Brisia Jodie yang dahulunya bertubuh gempal dan sedikit berisi kini tampil dengan imej yang lebih kurus serta langsing.
Brisia atau nama lengkapnya Bianca Jodie Maurinne mengakui tidak pernah mengamalkan diet atau melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.
“Saya jarang makan. Tetapi itu bukan kerana saya diet. Saya juga meminum kopi susu dan air putih sehingga tubuh mulai langsing.
“Jujurnya saya tidak pernah diet. Cuma kadang-kadang saya terlalu sibuk sehingga terlupa untuk makan.
“Saya juga minum air putih dengan banyak sehingga tiga liter sehari,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program Kopi Viral baru-baru ini.
Kata Brisia lagi, dia juga mengambil kopi susu sehingga lima cawan sehari kerana menggemari minuman tersebut.
“Gila. Saya boleh minum antara tiga hingga lima cawan sehari. Sebabnya saya tidak pernah mengamalkan sarapan pagi selain daripada meminum kopi,” jelasnya.