fbpx

Hospital Sibu mohon jururawat kontrak dikekalkan hingga 31 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Sibu.

SIBU – Pihak pengurusan Hospital Sibu hari ini memohon agar jururawat kontrak yang bertugas di hospital itu terus dikekalkan sehingga 31 Disember ini demi kepentingan perkhidmatan walaupun telah mendapat perjawatan tetap di hospital lain kelak.

Permohonan itu dibuat dalam usaha mengatasi masalah kekurangan petugas untuk menangani wabak Covid-19 susulan seramai 53 petugasnya telah dijangkiti oleh virus berkenaan selain ada yang dikuarantin, bercuti sakit, dan cuti bersalin.

Pengarah Hospital Sibu, Dr. T. Nanthakumar berkata, banyak usaha dan inisiatif untuk memutuskan rantaian tersebut telah pun dilaksanakan seperti mengerahkan petugas sedia ada untuk bertugas serta memastikan perkhidmatan di semua wad tidak terganggu.

“Pasukan jururawat juga telah memulakan perkhidmatan syif selama 12 jam dan walaupun arahan pembekuan cuti rehat terpaksa dilaksanakan demi kepentingan perkhidmatan, kelonggaran untuk bercuti rehat akan diberikan sekiranya terdapat perkara yang melibatkan kebajikan petugas.

“Hospital Sibu sedaya upaya memastikan usaha mobilisasinya melibatkan 35 pegawai perubatan, 40 jururawat, 25 penolong pegawai perubatan dan 20 pembantu perawatan kesihatan dicapai agar operasi perkhidmatan dapat dikendalikan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak Hospital Sibu juga akan menerima mobilisasi 10 pegawai perubatan dan 10 penolong pegawai perubatan dalam masa terdekat serta sedang menunggu penubuhan hospital medan.

“Hospital medan itu dijangka mampu memuatkan 100 katil yang pengoperasiannya akan dikendalikan oleh petugas kesihatan daripada Angkatan Tentera Malaysia serta gabungan petugas hospital sedia ada namun perkara tersebut masih dalam proses menunggu kelulusan.

“Bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Sibu, pesakit Covid-19 yang stabil akan ditempatkan di Hospital Daro serta Hospital Kanowit dan bagi kes pembedahan elektif yang tertangguh, pesakit telah dihantar ke hospital swasta di sekitar Daerah Sibu,” katanya.

Mengulas lanjut, Nanthakumar berkata, terdapat sebanyak 13 katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di Wad Respiratori masih dalam proses naik taraf dan dijangka siap pada 30 Oktober ini manakala 10 katil di ICU Modular yang masih dalam pembinaan pula dijangka siap pada 11 Oktober.

“Dua wad melibatkan Wad Respiratori dan Wad 17 masih dalam proses naik taraf dan dijangka berupaya memuatkan sejumlah 75 katil keseluruhan yang secara tidak langsung meningkatkan keupayaan Hospital Sibu menampung kekurangan kapasiti katil sedia ada.

“Wad Covid-19 Akut yang mempunyai 124 pesakit hanya berkapasiti 64 katil sahaja jadi bagi mengatasi masalah itu, sebahagian daripada Wad 17 akan mula dibuka esok yang melibatkan 24 katil untuk kegunaan lebihan pesakit,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI