fbpx

Pantau hakisan pada ban RTB elak bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Yunus Jamahri (dua dari kiri)bersama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Kerian dan Jabatan Baitulmal Parit Buntar mendengar masalah yang dihadapi oleh 2 saudara OKU di Kampunģ Perlis Kuala Kurau.- Foto Wat Kamal Abas

PARIT BUNTAR – Sebanyak 10 buah kediaman penduduk di Kampung Raja Bashah Kuala Kurau dekat sini terdedah bahaya setelah berlakunya hakisan serius pada ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berhampiran kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, isu hakisan di kawasan berkenaan telah lama berlaku namun bertambah serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Jelas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, tindakan sewajarnya perlu dilakukan tambahan pula musim tengkujuh akan tiba tidak lama lagi.

“Penduduk mengadu hakisan sepanjang 150 meter (m) itu berlaku cuma berjarak 10m dari umah penduduk, jadi ini yang dibimbangi.

“Saya telah majukan perkara itu kepada Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Perak dan Pejabat Daerah untuk membuat kaji semula serta mencari jalan penyelesaian untuk menghalang hakisan terus berlaku serta membaiki tebing rtb itu,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI