MELAKA – Kerajaan negeri dijangka akan mengadakan satu sidang media khas bagi membuat pengumuman penting pada petang ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dijangka akan mengetuai pengumuman pada sidang media tersebut yang diadakan kira-kira pukul 3 petang ini di Jabatan Ketua Menteri di Seri Negeri.
Selain itu, satu sumber memberitahu Kosmo!, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang rapat menerusi panggilan telefon pada malam tadi.
Sumber itu berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Ab. Rauf, Setiausaha Kerajaan Negeri atau Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali akan membuat pengumuman itu nanti.
“Tunggu sahaja jemputan untuk semua media nanti. Tun bagaimanapun sudah membuat keputusan hasil perbincangan itu dan ia akan diumumkan hari ini,” kata sumber tersebut ketika dihubungi.
Mohd. Ali ketika ini tidak dapat menerima sebarang kunjungan hormat sehingga Khamis ini kerana menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari bermula 30 September lalu.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929