fbpx

Pengawal hilang ditemui lesu, kelaparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shahrizuan ditemui selamat terbaring di tepi jalan berhampiran SMK Dato' Haji Hassan Yunus, Renggam, Kluang, malam tadi.

KLUANG – “Saya lapar dan mahu berehat.”

Itu perkataan pertama terpacul daripada mulut pengawal keselamatan, Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, ketika ditemui selepas hilang semasa menjejaki pencuri buah kelapa sawit di Ladang Ulu Remis, Layang-Layang di sini kelmarin.

Bapa saudaranya, Adanan Baharudin, 61, berkata, anak saudaranya itu ditemui dalam keadaan lemah terbaring di tepi jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Hassan Yunus kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

Mangsa diijumpai oleh bapanya, Pairon Baharudin, 56.

“Adik saya (Pairon) menangis semasa menghubungi saya bagi memaklumkan berhubung penemuan Shahrizuan melalui panggilan telefon.

“Dalam situasi ini, harapan cuma 50-50 antara hidup dan mati. Jadi kami sangat bersyukur apabila dia ditemui,” katanya.

Berita berkaitan: Pengawal keselamatan hilang ketika jejak pencuri

Menurut Adanan, adiknya keletihan kerana mencari Muhammaf Shahrizuan sehingga pukul 3 pagi semalam.

“Ketika melalui jalan berhampiran sekolah, dia ternampak seseorang di tepi jalan, walhal jalan itu sudah banyak kali dilalui sebelum itu,” katanya.

Tambah Adanan, ketika ditemui, Muhammad Shahrizuan dalam keadaan lemah terbaring berpakaian lengkap bersama motosikalnya jenis Honda Wave.

Katanya, mereka seisi keluarga bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terbabit dalam misi pencarian Shahrizuan yang dianggap misteri.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI