fbpx

Wisma Putra panggil Duta China bagi bantah pencerobohan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Luar bertindak memanggil Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing semalam bagi menyatakan bantahan atas isu pencerobohan kapal negara itu.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, langkah tegas itu juga bagi melahirkan pendirian protes Malaysia terhadap pencerobohan banyak kapal China di perairan negara ini.

“Keberadaan dan aktiviti kapal itu termasuk jenis penyelidikan, di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di luar pesisir Sabah dan Sarawak bertentangan dengan undang-undang.

“Ini meliputi Akta ZEE 1984 melibatkan 370 kilometer dari pantai dan Konvensyen Undang-Undang Laut (KUUL) Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982 yang juga diratifikasi China pada 1994,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI