PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 menurun di bawah angka 100 dengan 76 kes dilaporkan termasuk dua kes kematian sebenar dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.
Menurut data pada laman web Covid-19 yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, jumlah tersebut menjadikan kes kematian terkini di seluruh negara sebanyak 26,759 kes.
“Daripada jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 15 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan keseluruhan kes BID di Malaysia sebanyak 5,382 kes,” menurut maklumat pada laman web tersebut.
Pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga berkurangan kepada 142,860 kes melibatkan 116,748 kes dikuarantin di rumah, 16,862 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) serta 8,383 kes di hospital.
Selain itu, 406 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 461 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929