fbpx

Real Madrid rekod aksi terburuk musim ini – Ancelotti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Real, Karim Benzema jelas kecewa selepas skuad The Galacticos mengalami kekalahan pertama 1-2 pada kempen La Liga kepada Espanyol semalam. – AFP

MADRID – Kelab gergasi La Liga, Real Madrid mengalami kekalahan pertama pada kempen La Liga selepas ditewaskan Espanyol 1-2 sekali gus merekodkan kekecewaan kedua berturut-­turut buat The Galacticos.

Sebagai rekod, skuad kendalian Carlo Ancelotti terlebih dahulu dikecewakan oleh kelab kerdil dari Moldova, Sheriff pada kempen Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

Kata Ancelotti, kekalahan kepada Espanyol itu lebih menya­kitkan kerana pasukannya tampil dengan prestasi terburuk musim ini selain mengakui pasukan tuan rumah beraksi dengan lebih baik dan layak melakar kemenangan.

“Saya tidak tahu mahu katakan apa kerana pasukan beraksi dengan teruk pada perlawanan kali ini meskipun strategi yang dirancang sudah cukup ampuh dalam usaha meneruskan momentum kemenangan pada kancah liga.

“Namun, situasi sebaliknya yang berlaku apabila pemain tidak mengikut taktikal dan gagal mempamerkan disiplin tidak kira ketika menyerang mahupun bertahan. Mungkin tidak keterlaluan untuk katakan inilah aksi terburuk kami musim ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali Espanyol, Vicente Moreno mengakui puas apabila berjaya mencalar ego The Galacticos untuk memastikan pasukan dapat meraih kemenangan kedua musim ini.

“Secara jujur, kami mengharungi musim yang sukar de­ngan gagal memberikan aksi konsisten seperti yang diharapkan tetapi barisan pemain membuktikan bahawa mereka boleh bersaing di peringkat tertinggi dengan menewaskan pencabar utama liga seperti Real,” katanya.

Keputusan tersebut menyaksikan Real kekal dengan 17 mata selepas mengharungi lapan perlawanan dan berkongsi kedudukan pendahulu bersama seteru tradisi, Atletico Madrid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI