fbpx

Salah memukau dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (tiga dari kanan) menewaskan beberapa pemain pertahanan untuk menjaringkan gol kedua Liverpool ketika seri 2-2 dengan City pada aksi EPL di Anfield kelmarin.

LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menyuarakan rasa puas hati biarpun The Reds sekadar mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Manchester City pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield kelmarin.

Selepas aksi separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, kedua-dua pasukan menampilkan aksi lebih baik pada separuh masa kedua sehingga menyaksikan empat gol dihasilkan.

Liverpool yang beraksi sebagai tuan rumah berjaya meledak gol menerusi Sadio Mane serta jari­ngan solo yang menakjubkan da­ripada Mohamed Salah, manakala gol pasukan pelawat dijaringkan Phil Foden dan Kevin de Bruyne.

“Saya mahu berlaku adil, jadi ini adalah keputusan terbaik untuk kedua-dua pasukan. Mereka mencipta banyak peluang untuk jaringkan gol selain berjaya me­nguasai sebahagian besar permainan.

“Kami berdepan kesukaran apabila mereka memegang bola kerana sukar untuk merampas­nya. Saya akui kami agak bergelut pada separuh masa pertama, namun selepas waktu rehat, permainan kami bertambah baik,” kata Salah.

Sementara itu, dia juga meng­anggap jaringan menakjubkan yang dilakukannya pada perla­wanan tersebut akan lebih bermakna sekiranya mereka mendapatkan tiga mata dan menerajui saingan Liga Perdana.

“Gol tersebut mungkin lebih istimewa sekiranya kami mampu memenangi perlawanan pada hari ini (kelmarin). Bagaimanapun, saya tetap gembira kerana ia adalah salah satu gol paling menarik pernah dijaringkan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI