fbpx

Penjual cuba nasib, EX5 ditawar RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar motosikal Honda EX-5 yang ditawarkan pada harga RM15,000 di laman Facebook.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini motosikal Yamaha RX-Z dijual pada harga yang tidak masuk akal sehingga RM60,000 kini giliran ‘kapcai’ Honda EX-5 pula mencetuskan perang harga di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di sebuah laman Facebook, motosikal yang telah dibaik pulih semula itu ditawarkan pada harga RM15,000.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, keadaan motosikal berwarna merah itu sangat menarik kelihatan seperti ‘baru keluar kilang’ dengan beberapa bahagian masih dibaluti dengan plastik.

Menurut penjual yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur itu, jika sebelum ini ada yang menawarkan motosikal jenis itu pada harga RM10,000 dan kini dia pula menawarkan pada harga RM15,000.

Susulan perkongsian itu, ia mencetuskan perdebatan hangat dalam peminat motosikal berkenaan yang menyifatkan harga ‘kapcai’ itu sangat kapitalis dan tidak masuk akal.

“Kalau harga macam ni baik beli kereta, harga melampau macam Yahudi mabuk, simpan jela motor tu untuk tatapan anak cucu,” tulis Tayar Bocor di ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Abe Pu Selatan.

“Kalau terdesak sangat pun nak jual janganlah sampai harga kapitalis. Motosikal tu bukan sebiji je ada kat Malaysia,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI