fbpx

Rakyat Malaysia boleh ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai bakal dibenarkan bertemu rakan dan keluarga di luar negara selepas Malaysia berjaya mencapai 90 peratus vaksinasi populasi dewasa. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Rakyat negara ini berpeluang melancong ke luar negara secara bebas tanpa perlu memohon kelulusan MyTravelPass (MTP) sebaik sahaja negara mencapai 90 peratus sasaran vaksinasi populasi dewasa.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, negara kini semakin hampir dengan sasaran tersebut apabila populasi dewasa negara yang lengkap divaksin setakat kelmarin sudah mencapai 87.6 peratus.

“Kita sudah berada pada tahap 87.6 peratus. Tidak lama sahaja lagi kita akan dapat berkumpul semula dengan rakan dan keluarga di luar negara.

“Bagaimanapun, keperluan untuk melaksanakan kuarantin sebaik sahaja anda pulang dari luar negara masih lagi kekal buat masa ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter semalam.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin mengulang ciap hantaran yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan sekatan dari segi penerbangan dibuat sebelum ini kerana negara tidak membenarkan penduduk pergi melancong ke luar negara.

“Penerbangan ke luar negara juga akan ditapis. Tetapi, atas urusan perniagaan dibenarkan dan untuk pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran atau memasuki universiti pengajian tinggi atau swasta di luar negara juga dibenarkan tanpa MTP.

“Untuk suami berjumpa isteri, dibenarkan tetapi mesti membuat permohonan. Bila 90 peratus program vaksinasi telah tercapai untuk dua dos, rakyat akan dibenarkan untuk ke luar negara tanpa memohon MTP,” katanya.

Ismail Sabri sebelum ini turut memaklumkan, rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya pada 22 September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI