fbpx

Teknologi, inovasi baharu berjaya kurangkan kadar merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan vape disifatkan sebagai alternatif yang kurang mudarat berbanding rokok tradisional. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Peralihan kepada teknologi bebas asap rokok, peningkatan teknologi baharu dan inovasi dengan mengurangkan pendedahan kepada karsinogen selain sistem perundangan yang lebih ketat adalah antara faktor penyebab kepada kadar merokok dalam kalangan populasi dewasa menurun.

Melalui satu siri webinar sains serantau yang menghimpunkan beberapa pakar dalam bidang berkaitan kesihatan, pertumbuhan dan saintifik daripada beberapa syarikat utama telah memperincikan beberapa pendekatan dan faktor serta kejayaan Jepun sebagai contoh negara yang berjaya menurunkan jumlah perokok dewasa.

Pujian juga diberikan kepada Malaysia kerana kadar penurunan kadar merokok dalam kalangan populasi dewasa telah menurun selari dengan trend yang berlaku di negara- negara maju, terutamanya United Kingdom (UK), Belanda, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Pakar kesihatan, Profesor David Khayat berkata,  perkembangan positif ini menunjukkan kejayaan pelbagai kempen anti merokok yang giat dijalankan  kerajaan dan badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bagaimanapun, Mantan Presiden Institut Kanser Nasional Perancis itu menjelaskan, satu pendekatan baharu diperlukan untuk memastikan kadar merokok terus turun dan kadar kematian akibat merokok juga turun.

“Tabiat merokok masih menjadi punca utama penyakit kanser di dunia hari ini dan ia adalah antara penyumbang utama kepada kematian dalam kalangan dewasa. Kanser disebabkan oleh pendedahan kepada karsinogen yang memudaratkan.

“Ada strategi yang boleh diambil bagi mengurangkan kemudaratan iaitu dengan memberi keutamaan kepada pengurangan pendedahan kepada karsinogen, ini bukan pendekatan baharu, tetapi dengan peningkatan teknologi baharu ini boleh dicapai,” katanya dalam satu kenyataan.

Khayat menjelaskan, inovasi teknologi yang tidak membakar tembakau merupakan sinar harapan untuk mengurangkan bahaya tabiat merokok dan mempunyai impak besar dalam menurunkan kadar kematian akibat penyakit tidak berjangkit dan kanser.

Selain itu, Pengarah Serantau Pendekatan Saintifik PMI, Tomoko Iida menerangkan, produk berasaskan sains, dan bebas asap rokok mempunyai peranan untuk membantu perokok beralih daripada meneruskan tabiat merokok.

“Melalui undang-undang yang menyokong ke arah pendekatan tersebut, kita boleh bergerak ke arah masa hadapan dengan menikmati kebebasan daripada  asap rokok dengan lebih cepat daripada hanya bergantung kepada pendekatan tradisional sahaja,’’ ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pertumbuhan, Frost and Sullivan Asia Pasifik, Takashi Sugihara menerangkan, Jepun merupakan antara negara yang telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam usaha menurunkan kadar merokok populasi dewasa di negara itu.

Menurutnya, pada tahun 2005, sebanyak 49 peratus lelaki dan 14 peratus wanita Jepun merokok, namunkadar itu telah menurun dengan ketara dalam masa dekad dan kini hanya kira-kira 18 peratus populasi Jepun merokok.

“Peralihan kepada teknologi bebas asap rokok seperti produk tembakau yang dipanaskan dan sistem perundangan yang tidak menggalakkan tabiat merokok merupakan penyumbang utama kepada kejayaan Jepun dan ini boleh dijadikan contoh kepada negara-negara di rantau ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI