fbpx

Sonakshi Sinha dedah kisah cinta pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONAKSHI SINHA

CINTA tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Sama juga dengan aktres Sonakshi Sinha yang mengakui mengenali erti cinta dan menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang lelaki ketika berusia 20 tahun.

Ujar Sonakshi, dia telah menjalinkan hubungan cinta buat kali pertama dengan seorang lelaki semasa menuntut di universiti.

“Lelaki ‘rahsia’ itu adalah cinta pertama saya dan kami bertahan selama lima tahun. Selepas menamatkan pengajian, saya mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepadanya,” ujar Sonakshi.

Dia menganggap kisah cinta pertamanya itu sebagai pengalaman untuk belajar tentang erti cinta kerana percaya setiap hubungan dengan individu berbeza tidak sama.

“Ketika itu saya berasakan usia masih terlalu muda untuk bercinta.

“Sekarang saya sudah berumur 34 tahun dan semakin matang untuk membina hubungan sendiri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI