fbpx

Tandas cantik tetapi tiada air di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GHANI menunjukkan tandas awam baharu di Kampung Kuala Repas di Bentong yang masih tiada bekalan air semalam.

BENTONG – Pembinaan tandas awam yang siap sejak Mac lalu di Kampung Kuala Repas di sini menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat apabila tandas baharu itu masih tidak mempunyai air.

Malah akibat tidak disambung dengan paip air berkemungkinan ada individu yang sudah ‘terkena’ apabila tidak dapat mencuci najis selepas membuang air besar.

Tinjauan Kosmo! mendapati tandas tersebut sudah mempunyai elektrik dan sedia digunakan cuma masih tiada bekalan air.

Seorang penduduk, Suhaimi Samah, 53, berkata, walaupun paip dan tangki air telah siap dipasang, namun sehingga kini bekalan air di tandas yang berada di hadapan sebuah kedai makan itu masih belum ada.

“Sayang tandas ini dibuat cantik tetapi tidak boleh digunakan kerana tiada air paip yang dipasang sehingga kini, saya tidak tahu apa masalah­nya,” katanya.

Menurut Suhaimi perkara itu telah lama dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun sehingga kini keadaan masih sama dan tiada tindakan dilakukan.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Ghani Osman, 68, berkata, pembinaan tandas di kawasan itu memang diperlukan kerana menjadi antara kawasan tumpuan awam terma­suklah orang ramai yang datang ke kedai makan berdekatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI