fbpx

Pengedar dadah tinggal isteri tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal Modenas Kriss yang ditinggalkan suspek di dikejar polis di Kampung Padang Pohon Tanjong semalam.

TUMPAT – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sanggup meninggalkan isterinya ketika motosikal yang dinaiki mereka dikejar polis di Kampung Padang Pohon Tanjong di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, suspek bertindak nekad meninggalkan isterinya yang membonceng motosikal jenis Modenas Kriss bersama 120 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM1,200 dipercayai miliknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, sebelum kejadian, anggota polis melihat pasangan suami isteri itu menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah stesen minyak di Kota Kubang Labu di sini.

Menurutnya, menyedari pergerakan mereka diperhatikan, suspek telah bertindak memecut laju motosikal itu sehingga ke Kampung Pohon Tanjung.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, suspek terus meninggalkan isterinya yang berusia 21 tahun di atas motosikal tersebut di tepi jalan sebelum melarikan diri ke dalam kawasan semak.

“Pemeriksaan pada sebuah beg galas yang ditingggalkan bersama wanita itu menjumpai 120 biji pil kuda, dua buah telefon pintar dan wang kertas bernilai RM82,” katanya.

Menurut Mohd. Razi, wanita yang berasal dari Kampung Kebakat di sini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan polis sedang giat mengesan suaminya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI