fbpx

Wanita ditahan sembunyi kokain dalam seluar dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Romeiro ditahan pada Jun dan Julai tahun ini atas kesalahan mengedar dadah. - Newsflash

SAO PAOLO – Seorang wanita ditahan selepas didapati menyembunyikan dadah jenis kokain dalam pakaian dalamnya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Lorraine Cutier Bauer Romeiro, 19, yang terkenal dengan jolokan ‘Kitty of Crackland’ itu ditahan di sebuah lokasi yang menjadi pusat pengedaran dadah di Brazil pada Jun dan Julai lalu.

Ketika diperiksa polis, Romeiro didapati menyembunyikan  ganja  di dalam bra yang dipakainya,  manakala dadah jenis kokain pula disembunyikan di dalam seluar dalamnya.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin kerana perlu menjaga bayi perempuannya.

Namun, Romeiro ditahan buat kali kedua selepas dia gagal memaklumkan kepada polis tentang perubahan alamatnya.

Dia ditahan di kediaman teman lelakinya di bandar Barueri pada Julai lalu selepas polis menemui satu bekas dipenuhi dadah jenis ganja , kokain, chloroethane dan ekstasi.

Menurut siasatan, Romeiro menjana pendapatan sekitar £818 (RM4,624) sehari daripada aktiviti mengedar dadah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI