fbpx

Pekerja kilang maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja kilang maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan kepala di Jalan Bukit Karangan, hari ini.

KULIM – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Jalan Bukit Karangan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohd Saiful Hezri Mohmad, 37, dari Pondok Bukit Besar, Kota Sarang Semut dekat sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dan kereta jenis Proton Saga FLX dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menghala Titi Karangan.

“Ketika itu keadaan lalu lintas agak sibuk dan kereta tersebut bergerak perlahan sebelum
mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar bahagian belakang kereta berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sazalee berkata, akibat daripada pelanggaran itu, mangsa jatuh tersembam di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah pada muka dan kepala. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI