fbpx

Pengarah syarikat didakwa tipu pelaburan RM1.55 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini didakwa menipu pelaburan RM1.55juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu pelaburan berjumlah RM1.55 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh, Noraini Ismail, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yang Zaimiey Yang Ghazali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu dan memperdaya seorang wanita berusia 60 tahun bagi menyerahkan wang berjumlah RM1.55 juta bagi tujuan pelaburan di dalam syarikat pelancongannya.

Kesalahan itu dilakukan sebuah hotel di daerah ini pada 2 Mei 2018.

Justeru, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurbaizura Mohd. Saubian menawarkan jaminan RM500,000 beserta seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri setiap awal bulan di balai polis berhampiran.

Peguam Vinod Sharma mewakili Noraini memohon jaminan dikurangkan selain tidak perlu menyerahkan pasport berikutan tidak boleh ke luar negara susulan pandemik Covid-19.

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang ikat jamin RM15,000 dan membenarkan permohonan lain dari pihak pendakwaan.

Tarikh sebutan semula pada 23 September depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI