TELUK INTAN – Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan meminta ahli politik berhenti menuding jari, salah menyalah dan cuba menjadi wira dalam isu tapak Istana Raja Muda Perak di sini, sebaliknya perlu lebih jujur dan ikhlas dalam menyelesaikan isu tersebut.
Pengarahnya, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi berkata, khazanah dan warisan tanahair bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan permainan, sebaliknya sebarang langkah dan cadangan untuk pembangunan sekalipun mesti dilakukan dengan cara lebih telus serta luar daripada kebiasaan.
Menurut beliau, pihak sekretariat tersebut sangat mengharapkan pandangan serta usaha lebih ikhlas dan telus daripada kepimpinan kerajaan negeri.
“Hentikanlah bermain politik, tuding menuding dan salah menyalah ataupun cubaan untuk bersikap melindungi diri daripada kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan.
“Cukup-cukuplah cubaan meraih sokongan rakyat dan sekarang mahu menjadi wira pula,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. -K! ONLINE