fbpx

KPDNHEP terima 9,323 aduan salah laku urus niaga online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 9,323 aduan diterima berhubung salah laku urus niaga perdagangan dalam talian sejak awal Januari sehingga September lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah tersebut, kira-kira 8,878 aduan telah diselesaikan manakala 445 masih dalam siasatan.

Menurut beliau, kes tidak menerima barang atau perkhidmatan yang ditawarkan mencatatkan aduan tertinggi iaitu 5,700 kes diikuti barang atau perkhidmatan yang diterima tidak seperti ditawarkan (1,631).

“Selain itu, 315 aduan membabitkan harga barang atau perkhidmatan mengelirukan, barang tiruan dalam talian (142), cetak rompak dalam talian (30), skim piramid dalam talian (16) serta 1,489 bagi lain-lain aduan,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI