fbpx

Perak hampiri 80 peratus imuniti kelompok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perak dijangka mencapai 80 peratus imuniti kelompok apabila hanya 6.7 peratus lagi diperlukan untuk menerima dos kedua vaksin Covid-19

IPOH – Perak hanya memerlukan kira-kira 124,793 penerima vaksin sahaja lagi yang lengkap dua dos vaksinasi untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok.

Angka 6.7 peratus ini boleh dicapai sebelum hujung Oktober ini yang berbaki lagi 27 hari.

Pengerusi Kesihatan, Sains dan Alam Sekitar negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, jangkaan kerajaan negeri mensasarkan peratusan itu tidak mustahil berikutan proses vaksinasi yang berjalan lancar ketika ini.

Menurut beliau, sekurang kurangnya sebanyak 4,457 dos kedua perlu diberikan setiap hari bagi mencapai sasaran itu.

“Kita perlukan lagi 124,793 sahaja untuk capai 80 peratus yang lengkap dua dos. Iaitu berbaki 6.7 peratus lagi.

“Kalau dos kedua diberikan lebih daripada kadar itu, bermakna lebih cepatlah kita mencapai sasaran 80 peratus. Teruskan berusaha dan berdoa,” ujarnya menerusi hantaran pada laman Facebook semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI