fbpx

Polis Perak cadang tamatkan SJR antara daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash

IPOH- Polis Perak bercadang menamatkan sekatan jalan raya (SJR) antara daerah selepas kadar vaksinasi di negeri ini berada pada tahap memuaskan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, SJR antara negeri bagaimana pun akan dikekalkan melibatkan kawasan bersempadan negeri lain iaitu Pahang, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Katanya, kajian semula akan dilakukan mengenai perkara itu sebelum dibawa kepada urusetia Covid-19 Perak untuk perbincangan.

“Kita bercadang kalau kadar vaksinasi di Perak sampai pada satu tahap yang baik dan kita berpuas hati, mungkin SJR antara daerah akan dibubarkan tetapi di sempadan negeri, kita kekalkan.

“Bagaimana pun, semuanya bergantung kepada kadar vaksinasi dan kelulusan daripada kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Pemantauan Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Michael di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI