fbpx

Makmur Gold labur RM100 juta bina kilang di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Syarikat emas terkenal di Pantai Timur, Makmur Gold bakal membuka kilang pengeluaran rekaan emas milik sendiri di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang de­ngan anggaran pelaburan bernilai RM 100 juta tahun depan.
Pengerusinya, Hishamuddin Abdullah berkata, pihaknya menjadi syarikat bumiputera pertama di negara ini yang berani melabur dengan jumlah yang besar untuk membuka kilang pengeluaran berasaskan emas.
Menurut beliau, sudah tiba masanya Makmur Gold sebagai pelopor jualan emas di negara ini melebarkan sayap perniagaan dengan membina sebuah kilang lebih besar yang besar dan canggih.
“Buat permulaan, Makmur Gold telah mengadakan kerja­sama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia Berhad (Sirim) Pahang untuk membangunkan kilang berteknologi tinggi itu.
“Kerjasama ini melibatkan pelbagai aspek antaranya penyediaan geran khas, mesin canggih, pensijilan dan pengawalan kualiti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan Pengarah Sirim Pahang, Mazlina Manshor ke kilang prosesan emas baharunya di Makmur Gold di Jalan Temenggong dekat sini baru-baru.
Turut hadir Pengarah Sirim Bhd. Pahang, Mazlina Manshor.
Buat masa ini, sebuah kilang kecil di Jalan Temenggong telah dibina oleh Koperasi Makmur Gold dengan menelan kos lebih RM250,000 dan beroperasi 90 peratus secara manual.
Seramai 30 tukang emas bekerja di kilang tersebut yang menghasilkan pelbagai bentuk rekaan emas sebanyak dua kilogram seminggu.
Mengulas lanjut mengenai pembukaan kilang terbesar Makmur Gold itu, Mazlina berkata, Sirim akan menyediakan dana khas, premis sewaan, bantuan teknologi dan inovasi dalam pengeluaran emas Makmur Golf yang lebih bermutu dan eks­klusif.
Katanya, syarikat itu dilihat sebagai penggiat industri emas berpotensi besar yang mempu meluaskan perniagaan ke peringkat dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI