fbpx

Fumio Kishida dilantik Perdana Menteri Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fumio Kishida duduk di atas kerusi yang diperuntukkan untuk presiden Parti Liberal Demokrat di ibu pejabat parti pemerintah Jepun di Tokyo pada 29 September lalu. - Kyodo

TOKYO – Fumio Kishida dipilih sebagai Perdana Menteri Jepun yang baharu hari ini dengan membentuk Kabinet yang ditugaskan untuk mengawal wabak Covid-19 selain memulihkan ekonomi negara yang lumpuh, lapor agensi berita Kyodo News.

Bekas Menteri Luar itu juga akan berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan mengenai ketegasan China yang semakin meningkat dan Korea Utara menyambung semula ujian peluru berpandunya baru-baru ini.

Kishida, 64, dipilih  sebagai Perdana Menteri oleh Parlimen tengahari hari ini dalam satu sidang  luar biasa gabungan parti pemerintah yang dipimpin oleh Parti Demokratik Liberal. Sidang tersebut memilih Kishida sebagai pemimpin baharunya minggu lalu.

Kishida menggantikan bekas Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga yang meletakkan jawatan di tengah-tengah kritikan terhadap tindak balas beliau dalam mengendalikan pandemik.

Dalam barisan Kabinet baharunya, Toshimitsu Motegi kekal sebagai Menteri Luar, manakala Shunichi Suzuki akan dilantik sebagai Menteri Kewangan dan Hirokazu Matsuno pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kabinet.

Dengan sekitar 60 peratus populasi Jepun lengkap divaksin lengkap, negara itu turut mencatatkan penurunan kes Covid-19. Kabinet Kishida akan ditugaskan untuk mencegah satu lagi lonjakan kes Covid-19 sambil melonggarkan sekatan secara berperingkat bagi memulihkan aktiviti sosial dan perniagaan serta membuka semula sempadan kepada pelancong luar.

Beliau juga berjanji akan menawarkan pakej ekonomi bernilai ‘puluhan trilion yen’ dalam tempoh setahun untuk menangani pandemik Covid-19 serta berjanji akan mengurangkan jurang kekayaan yang membantu meningkatkan pendapatan korporat dan harga saham.

Sama seperti pendahulunya iaitu Suga dan Shinzo Abe, Kishida menggariskan kepentingan wilayah Indo-Pasifik yang yang bebas dan terbuka dan dijangka meneruskan kerjasamanya dengan AS dan negara-negara lain seperti Australia serta India bagi membincangkan gerakan perluasan yang dilakukan Beijing di Laut China Selatan dan Laut China Timur selain ketegangan di Selat Taiwan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI